Pages

Ahad, 24 Januari 2010

Ke Mana Wang Anda






From Buku



Antara perkara penting dalam kehidupan kita ialah ~ melakukan setiap perkara dengan betul ~ . Buku ini saya beli sebagai usaha untuk mempelajari cara yang betul untuk menguruskan wang. Ternyata terdapat banyak maklumat baru yang saya dapati dari buku ini dan saya mencadangkan agar anda juga tidak melepaskan peluang untuk membaca buku ini.

Berikut adalah sedikit maklumat tentang buku ini yang saya jumpa di internet:

Ahad, 17 Januari 2010

Kelas Memasak Secara Online




Alhamdulillah atas nikmat iman, sunnah, rezeki yang halal, udara yang segar, hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, masa untuk berbuat itu dan ini, keamanan, tempat tinggal yang selesa, mendengar & melihat, membaca, tidur yang nyenyak, kesihatan dan sebagainya.

Kemudian, alhamdulillah juga atas nikmat teknologi internet. Melaluinya, kita dapat banyak manfaat untuk kegunaan harian kita. Antara nikmat yang perlu juga di syukuri, ialah nikmat belajar secara online. Dengan teknologi internet ini, ramai berpeluang belajar tanpa mengeluarkan kos yang tinggi & boleh belajar di rumah. Hari ini kita sudah boleh masak tanpa mengikuti kursus di luar rumah, seolah-olah belajar dengan ibu atau kakak kita di dapur kita. Bertuahlah isteri-isteri sekarang.




Di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web masak-memasak yang dikenali sebagai laman "Try Masak". Laman ini telah dibangunkan dan dipunyai oleh Geoflex Sdn Bhd. Ia juga disokong oleh Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) & Multimedia Development Corporation (MDeC).

Melalui laman ini, anda boleh belajar memasak melalui:
Buat masa ini, laman ini dilayari melalui dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan mendaftar sebagai ahli MyTryMasak, anda juga boleh berkongsi tips, panduan dan rakaman video masak-memasak dengan pelawat-pelawat TryMasak. Lawatlah sekarang!
[terima kasih kepada zaujah kerana memperkenalkan web ni]





Selasa, 12 Januari 2010

Memandu sambil belajar


Jika anda menghabiskan banyak masa memandu, pastikan masa memandu anda diisi dengan perkara bermanfaat. Antara perkara bermanfaat yang saya ingin cadangkan di sini ialah mendengar rakaman pengajian islam. Terdapat banyak rakaman-rakaman audio sedemikian di internet. Di bawah ini saya kongsikan link-link berkaitan untuk anda ambil manfaat darinya.

 [update: 17 Januari 2010]
Jika anda bermasalah untuk memuatturun rakaman-rakaman audio dari link-link di atas, anda boleh membeli secara online atau offline dari pihak berikut:

    FM Modulator
    Kebanyakan kereta sekarang ini dilengkapi dengan pemain CD. Ada juga yang dilengkapi dengan pemain MP3. Bagi kereta yang tiada pemain MP3, anda boleh gunakan FM Modulator. Alat ini ada dijual di kedai-kedai komputer. Harganya sekitar RM25 ke RM30 bagi jenis murah. Ia memerlukan thumbdrive untuk menyimpan file-file MP3 dan perlu dimainkan bersama radio. Alhamdulillah, saya telah menggunakannya dan telah dapat banyak manfaat dari alat ini dengan mendengar rakaman MP3 pengajian-pengajian Islam. Selain mendengar sendiri, anda juga boleh menghadiahkannya kepada ahli keluarga atau kawan anda agar dia juga dapat menfaat dari rakaman-rakaman MP3 tersebut.


    Real Audio SP
    Bagi fail-fail berformat RA, anda boleh menukarkan format fail tersebut kepada format MP3 dengan menggunakan perisian Real Audio SP. Berita baiknya, perisian ini adalah percuma. Anda boleh memuatturun perisian tersebut dari laman web real player. Fail-fail audio berformat RA selalu digunakan untuk fail-fail audio di laman web IslamWay. Sebelum ini saya juga merasa terkilan kerana tidak dapat mendengar sesetengah rakaman audio menggunakan FM Modulator kerana format RAnya. Alhamdulillah kini, dengan perisian Real Audio SP ini, fail audio tersebut boleh ditukar ke format MP3.


    Mudah-mudahan maklumat ini memberi manfaat untuk anda.


      


    Rabu, 11 November 2009

    Rakaman terjemahan beberapa majlis ilmu oleh Syaikh Prof.DR.Abdur Rozzaq bin Abdul Muhsin Al Badr hafidzohumallah



    Alhamdulillah, gembira sungguh rasanya... malam ini, saya menjumpai sejumlah rakaman terjemahan beberapa majlis ilmu oleh Syaikh Prof. DR. Abdur Rozzaq bin Abdul Muhsin Al Badr hafidzohumallah. Sebelum ini, saya hanya mampu berkongsi dengan antum rakaman-rakaman majlis ilmu beliau dalam Bahasa Arab. Rupa-rupanya sudah ada yang menterjemahnya dalam bentuk audio mp3 ke Bahasa Indonesia. Mudahlah untuk di sebar-sebarkan kepada pendengar-pendengar majlis ilmu. Terima kasih kepada ikhwah dari RadioRodja atas usaha murni ini. Walaupun belum ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia juga, inshaAllah masih boleh difahami.

    Berikut adalah beberapa entri berkaitan syeikh di blog ini:


    Radio Rodja
    Menebar Cahaya Sunnah


    Jumaat, 30 Oktober 2009

    Buku teks sekolah, Kementerian Tarbiyah & Pendidikan, Kerajaan Arab Saudi


    Sudah 2 orang ustaz bertanya kepada saya tentang rujukan silibus pengajian sekolah sebagai panduan untuk silibus sekolah[aliran agama] mereka. Jadi saya rasa elok juga jika saya kongsikan ianya di sini.

    Ketika saya tinggal di Lunas, Kedah, saya sering mengunjungi Dewan Pengajian Al-Qayyim atau Institut al-Qayyim di Mengkuang, Pulau Pinang. Di dewan tersebut selalu diadakan majlis-majlis ilmu dan di situ juga terdapat sebuat perpustakaan kecil untuk dewan tersebut. Menariknya, terdapat koleksi sejumlah buku teks sekolah Kerajaan Arab Saudi. Ada buku tauhid, fiqh, matematik, dan banyak lagi. Pendek kata, ia adalah buku-buku teks sekolah beraliran agama yang mana ada subjek-subjek pengajian islam dan subjek-subjek pengajian bukan pengajian islam. Saya pernah terfikir, buku-buku tersebut boleh dijadikan bahan kajian untuk silibus pengajian sekolah di Malaysia.

    Jika bidang pengajian anda ialah bidang pendidikan, anda boleh membuat kajian penbandingan antara silibus pengajian Kerajaan Malaysia dan silibus pengajian Kerajaan Arab Saudi. Jika anda ingin menyediakan silibus untuk sekolah anda [aliran agama], anda boleh merujuk buku teks tersebut sebagai panduan. Jika anda memilih "Home Schooling" untuk anak anda, anda juga boleh merujuk pada buku teks tersebut.

    Berita baiknya, buku-buku tersebut boleh anda dapatkan secara percuma dari laman web Perpustakaan Digital, Kementerian Tarbiyah & Pendidikan, Kerajaan Arab Saudi. Jika anda ingin merujuk buku tersebut dalam versi bukan elektronik, silalah lawati Institut Al-Qayyim.

     


    Khamis, 29 Oktober 2009

    Edaran percuma CD pengenalan tentang Islam


    Satu ketika dahulu, seorang kawan telah memberikan kepada saya 2 keping CD bertajuk Discover Islam. Ia adalah satu koleksi audio, video, e-buku, artikel terpilih tentang Islam dari Laman IslamHouse.com. Subhanallah! isinya sangat bagus untuk mereka yang baru dengan Islam dan mereka yang belum Islam. Bagus untuk tujuan distribusi percuma. CD tersebut saya hadiahkan kepada perpustakaan MEDIU untuk simpanan dan rujukan penggunanya.

    Seorang kawan meminjamnya dan mengakui akan bagusnya isi CD tersebut, lantas berpakat dengan beberapa kawan lain untuk mencetaknya sebanyak mungkin untuk diedarkan secara percuma kepada yang belum Islam. Lalu CD pun dicetak sebanyak 1000 salinan dengan kos RM1.90 sekeping. Sekarang CD-CD tersebut sedang dalam proses edaran.

    Saya sendiri merasa ta'jub dengan kesungguhan mereka ini. Dengan usaha & sumbangan kewangan mereka tersebut, dapatlah juga saya menumpang untuk mengedarkan CD-CD tersebut. Sayang juga, ia hanya boleh diedarkan pada mereka yang memahami bahasa Inggeris.

    Terfikir juga, jika kita juga dapat berbuat demikian, alangkah bagusnya. Kita pilih rakaman audio, video, artikel yang sesuai, lalu kita CDkan, cetak banyak-banyak dan edarkan kepada masyarakat umum. InshaAllah ia adalah satu cara dakwah yang berkesan.

    Entahlah benar atau tidak, kata teman sekerja saya yang pernah tinggal di Saudi, antara sebab tersebarnya dakwah di Saudi ialah dengan cara EDARAN PERCUMA rakaman-rakaman video dan audio serta tulisan-tulisan.


    Isi kandungan CD tersebut boleh didownload dari sini.


    Majalah Sunnah



    Beberapa orang kawan bertanya kepada saya, "Di mana ada jual Majalah Assunnah?" saya menjawab: "cuba tanya Nawawi". Lalu saya sms-kan no HP Nawawi kepada mereka.


    Sebelum ini, saya pernah menjual majalah tersebut di gerai buku darul ilm di UIAM. Ketika itu, ada juga beberapa orang kawan yang melanggan dari saya. Setiap bulan, saya akan pos kan senaskah ke beberapa tempat antaranya Sarawak & Pahang.

    Majalah tersebut memang bagus dari segi kualiti ilmiahnya, cumanya ia adalah majalah terbitan Indonesia. Sesetengah orang Melayu tidak dapat memahami bahasanya. Namun bagi yang minat mengkaji, bahasa bukanlah penghalang, yang diperlukan hanyalah sedikit masa untuk membiasakan diri dengan beberapa istilah asing yang mampu dipelajari.

    Pertanyaan mengenai majalah tersebut bagi saya menunjukkan bahawa majalah sepertinya memang sukar untuk diperolehi dikedai-kedai. Majalah yang mungkin hampir kualiti ilmiahnya di Malaysia ialah Majalah I terbitan Karangkraf.

    Saya menggalakkan kawan-kawan yang ingin mendapatkan input ilmiah subjek Islam agar membaca majalah seperti ini. Jika antum ingin mendapatkan Majalah Assunnah, antum juga boleh hubungi saudara Nawawi.





    Khamis, 22 Oktober 2009

    Twitter sebagai alat untuk pengumuman



    Sudah agak lama, saya menangguhkan hasrat untuk menulis tentang twitter. Saya pernah memberitahu seorang kenalan yang saya inshaAllah akan menulis sedikit tentangnya. Telah agak ramai individu-individu yang saya kenali menggunakan twitter. Jadi, saya rasa perlu dikongsikan di sini beberapa perkara yang mungkin sebahagian dari antum belum tahu tentang nya. Jadi untuk tulisan kali ini, saya mulakan dengan tajuk Twitter sebagai alat untuk pengumuman.

    Sesetengah kenalan saya, menggunakan emel dan YM, untuk memberitahu kenalannya bahawa dia baru sahaja menulis entri baru diblognya. Maka, selalunya ketika saya log in meebo, akan sampai pengumuman tentang tulisan baru di blognya.

    Sebahagian lain yang saya kenali, menggunakan twitter untuk memberitahu, beliau akan berada di sekian tempat, pada tarikh sekian, untuk tujuan sekian. Ada juga yang mengiklankan bahawa blog atau webnya akan dikemaskini dan tidak boleh dilawati untuk tempoh sekian.

    Di sini, saya ingin cadangkan pengguna twitter dan YM untuk tujuan pengumuman perkara berikut.

    Ramai pengguna twitter yang mahir, menggunakan twitter untuk mengumumkan tulisan terbaru diblog mereka. Bagi saya, cara ini akan memberi manfaat dari segi meluasnya sebaran pengumuman tersebut hinggakan ia boleh sampai kepada mereka yang tidak dikenali oleh sipembuat pengumuman. Bagaimana ia berlaku? Jawabnya ialah melalui RT atau retweet. Bagi pembaca pengumuman yang rasa tertarik dengan iklan tersebut, ada kemungkinan yang dia akan RT iklan tersebut. Maknanya, iklan tersebut, tidak sekadar sampai kepadanya, ia juga akan tersebar kepada kenalan-kenalannya. Dan dengan cara ini, mesej akan tersebar lebih meluas.




     







    Selasa, 29 September 2009

    Lets learn together

    I believe that this sidewiki will enable us to virtually learn together.

    in reference to: Google Sidewiki (view on Google Sidewiki)