Pages

Jumaat, 5 Disember 2014

3 Permohonan Penting Setiap Pagi

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan sebuah do’a, yang mana beliau sentiasa berdo’a dengan do’a ini setiap selesai solat subuh. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha:
((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا ))
“Ya Allah, aku memohon kepadamu Ilmu yang bermanfaat, rezki yang halal, serta amal yang diterima” [Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani, dan yang lainnya, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam sahih Ibnu Majah]
Hal ini merupakan petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, agar hari-hari kita tidak kosong dari 3 hal tersebut, yaitu:
Pertama, agar senantiasa kita Menambah Ilmu, bukan sekadar ilmu, akan tetapi yang diinginkan adalah ilmu yang bermanfaat, yaitu ilmu agama, yang dengannya kita mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah Ta’ala dan apa-apa yang telah disampaikan oleh RasulNya shallallahu’alaihi wasallam. Ilmu hanya diperoleh dengan mempelajarinya. Maka dengan memanjatkan do’a ini, kita berharap agar Allah Ta’ala memberi taufiq kepada kita sehingga terdorong hati kita untuk menuntut ilmu, mempelajarinya demi menghilangkan kejahilan dari diri kita. Tambahan pula, segala bentuk kemudahan telah tersedia pada hari ini, yang memudahkan kita untuk mendapatkan ilmu agama, bila-bila sahaja, dan dimana sahaja.
Kedua, agar kita juga Mencari Rezki, bekerja dan berbuat sesuatu, tidak hanya duduk menantikan pemberian dari orang lain. Islam menganjurkan kita mencari rezki demi untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dengan rezki tersebut kita boleh menyempurnakan solat kita, dengan rezki tersebut kita boleh bersedekah baik yang wajib mahupun  yang sunnah, dengan rezki tersebut mungkin ia mencukupi untuk kita menunaikan umrah ataupun haji, dan segala bentuk ketaatan lainnya. Akan tetapi tidak bererti kesemua jenis rezki, yang kita pilih hanya yang halal. Kerana hanya rezki yang halal yang akan memberikan keberkatan. Dan kerana Allah Ta’ala tidak akan menerima kecuali dari yang halal dan baik.
Ketiga, agar kita banyak beramal soleh. Sangat penting amalan kita diterima Allah Ta’ala. Setelah bersusah payah, mengorbankan waktu, tenaga, harta, tentu kita ingin agar semua itu diterima Allah Ta’ala sehingga mendapat balasan yang diinginkan. Akan tetapi Allah hanya akan menerima amal yang soleh, yaitu amal yang berdasarkan 2 perkara penting: Ikhlas (semata-mata mengharap redha Allah), serta Muttaba’ah (beramal hanya dengan petunjuk yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam).
Dan ketiga perkara tersebut saling berkaitan satu sama lain.
Dengan Ilmu yang bermanfaat kita dapat mengetahui mana yang halal dan mana yang haram, hinggakan dalam mencari rezkipun kita tahu batasannya dan kita pastikan kita hanya mencari yang halal.
Dan hanya dengan ilmu lah suatu amal dapat diamalkan dengan benar, bersesuaian dengan apa yang diinginkan Allah dan RasulNya, supaya amalan tersebut diterima. Kerana amalan yang tidak berdasarkan ilmu, yaitu yang tidak berdasarkan petunjuk Allah dan RasulNya, maka amalan tersebut akan tertolak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh A’isyah radhiyallahu’anha “Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang bukan atas petunjuk kami, maka amalan tersebut tertolak” (Riwayat Muslim, sahih).
Demikian juga, harta yang halal juga menentukan apakah amalan kita diterima atau ditolak. Sebagaimana hadis yang menceritakan tentang seorang musafir yang berdo’a kepada Allah dalam permusafirannya “Ya Rabb, Ya Rabb…” akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, sehingga Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda “Bagaimana do’anya akan dikabulkan?” (Riwayat Muslim, sahih). Padahal orang tersebut dalam keadaan dimana jika dia berdo’a, doanya tidak akan tertolak, akan tetapi Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam menyatakan bahawa do’anya tertolak akibat makanan, minuman, serta pakaiannya berasal dari sesuatu yang haram.
Semoga dengan merenungi do’a diatas, dapat mendorong diri kita untuk senantiasa mengisi hari-hari yang kita lalui dengan ketiga amalan tersebut.
———————————-
Info Tambahan
Antara pengajaran lain yang kita dapat dari doa ini ialah:

  1. Dengan berdoa hanya kepada Allah, kita menunjukkan perakuan bahawa Allah bersifat Al-Samee’ السميع Maha Mendengar dan Al-Ghany الغني Maha Kaya.
  2. Kita juga memperakui bahawa diri kita adalah hamba kepada Allah. Kita tidak mampu mendapatkan apa-apa perkara berfaedah melainkan melalui pemberian Allah.
  3. Allah mengutuskan utusanNya untuk mengajar perkara yang sangat berfaedah kepada manusia. Dengan ini, kita juga memperakui tentang sifat Ar-Rahman الرحمن Allah iaitu sifatNya yang Maha Pemurah.

Makluman:
Artikel ini telah di sunting oleh Abdullatef. Artikel sebenar boleh didapati dari pautan berikut: http://pustakaalatsar.wordpress.com/2013/01/09/jangan-lewatkan-hari-tanpa-3-perkara-ini/, bertajuk “Jangan Lewatkan Hari tanpa 3 Perkara Ini!”, Pustaka Al-Atsar, 27 Shafar 1434H. Nota: Faedah dari penjelasan ustadz Abu Yahya Badrussalam dalam kajian Mukhtashar Minhajul Qasidin

Sabtu, 29 November 2014

An-Nu’man Bin Basyir

An-Nu’man Bin Basyir adalah seorang sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau tergolong dalam golongan sahabat dari kalangan kanak-kanak. Antara sahabat lain yang sebaya dengan beliau adalah Abdullah bin Zubayr. Beliau telah dilahirkan oleh ibunya ‘Amrah bin Rawahah, 14 bulan setelah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sampai ke Madinah. Oleh itu, beliau dikira bayi pertama dikalangan Ansar yang lahir selepas hijrah nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam manakala Abdullah bin Zubayr (cucu Abu Bakr) pula merupakan bayi pertama yang lahir dari kalangan Muhajirin. 

Setelah beliau dilahirkan, ibunya membawa beliau menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda memberitahu bahawa An-Nu’man akan hidup bahagia, akan mati syahid dan akan masuk syurga. Beliau telah terbunuh di Hims, pada tahun 63 hijrah.

Bapa beliau adalah salah seorang dari sahabat dan Ahli Badr yang bernama Basyir bin Sa’ad. Manakala ibu beliau adalah saudara perempuan kepada Abdullah bin Rawahah. Bapa saudara beliau, Abdullah bin Rawahah juga adalah seorang Ahli Badr dan penyair Nabi.

Antara kisah menarik dalam keluarga beliau ialah kisah pemberian sebahagian harta kepada An-Nu’man oleh bapanya. Ibunya tidak bersetuju dengan pemberian tersebut, lalu Basyir membawa anaknya An-Nu’man bertemu Rasulullah untuk bertanya akan hal tersebut. 

عَنْ ‏ ‏النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ‏ ‏قَالَ: "تَصَدَّقَ عَلَيَّ أَبِي بِبَعْضِ مَالِهِ فَقَالَتْ أُمِّي ‏ ‏ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ لا ‏ ‏أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ أَبِي إِلَى النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لِيُشْهِدَهُ عَلَى صَدَقَتِي فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَفَعَلْتَ هَذَا بِوَلَدِكَ كُلِّهِمْ ؟ قَالَ لا قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا فِي أَوْلاَدِكُمْ فَرَجَعَ أَبِي فَرَدَّ تِلْكَ الصَّدَقَةَ"


An-Nu`man bin Basyir radhiallahu 'anhu meriwayatkan: Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: “Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu. Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah saw tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: “Tidak”. Sabda Rasulullah saw “Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”. [Baca tentang berlaku adil ketika memberi kepada anak-anak di laman web Drhayei.com]

Ketika rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, beliau berumur 8 tahun.
Rujukan:
  1.  تهذيب سير أعلام النبلاء : جزء 1 - صفحة 106
  2.  البداية والنهاية : جزء 8 - صفحة 244Dari wikipedia.
  3.  عبد الله بن رواحة
  4.  Al-Bukhari, al-Hibah wa Fadluha: al-Hibah li al-Walad, bil. (2397). Muslim, al-Hibat: Karahat Tafdil ba`d al-Awlad fi al-`Atiyyat, bil. (3055). Al-Tirmidhi, al-Ahkam `an Rasulillah: Ma jaa fi al-Nihal wa al-Taswiyat bayn al-Walad, bil. (1288). daripada al-Nu`man ibn Basyir. Dari laman web DrHayei.com
  5. Mutiara Akhlak Rasulullah S.A.W.: 100 Kisah Teladan tentang Iman, Takwa, Sabar, Syukur, Ridha, Tawakal, Ikhlas, Jujur, Doa, dan Tobat
  6.  الحديث السادس: إن الحلال بين، وإن الحرام بين





Ahad, 16 November 2014

Q&A: Hukum memakan daging keldai

Soalan:
Ustaz, tolong carikan tentang hukum memakan keldai liar dan keldai peliharaan.
Jawapan:
Berikut adalah hadis yang menunjukkan larangan memakan daging Himar Ahliyah (Keldai Peliharaan). Hadis riwayat  Anas bin Malik,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُكِلَتْ الْحُمُرُ ثُمَّ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُكِلَتْ الْحُمُرُ ثُمَّ جَاءَهُ جَاءٍ فَقَالَ أُفْنِيَتْ الْحُمُرُ فَأَمَرَ مُنَادِيًا فَنَادَى فِي النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ فَأُكْفِئَتْ الْقُدُورُ وَإِنَّهَا لَتَفُورُ بِاللَّحْمِ
Bahawasanya telah datang seseorang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berkata, “Daging-daging keldai telah dimakan”, kemudian datang lagi seseorang sambil berkata, “Daging-daging keldai telah dimakan” kemudian datang lagi seseorang sambil berkata “Keldai-keldai telah binasa.” Maka baginda telah memerintahkan seseorang untuk menyeru di tengah-tengah manusia, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian dari memakan daging-daging keldai peliharaan, kerana sesungguhnya ia adalah najis” Lalu, mereka menumpahkan periuk-periuk itu dan sesungguhnya ianya di gunakan untuk memasak daging tersebut.” (HR. Bukhari no. 5528 dan Muslim no. 1940)

Di sebaliknya, hadis berikut pula menunjukkan bahawa memakan daging keldai liar adalah dibenarkan oleh baginda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallamAbu Qatadah menceritakan:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – خَرَجَ حَاجًّا ، فَخَرَجُوا مَعَهُ فَصَرَفَ طَائِفَةً مِنْهُمْ ، فِيهِمْ أَبُو قَتَادَةَ فَقَالَ خُذُوا سَاحِلَ الْبَحْرِ حَتَّى نَلْتَقِىَ . فَأَخَذُوا سَاحِلَ الْبَحْرِ ، فَلَمَّا انْصَرَفُوا أَحْرَمُوا كُلُّهُمْ إِلاَّ أَبُو قَتَادَةَ لَمْ يُحْرِمْ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَسِيرُونَ إِذْ رَأَوْا حُمُرَ وَحْشٍ ، فَحَمَلَ أَبُو قَتَادَةَ عَلَى الْحُمُرِ ، فَعَقَرَ مِنْهَا أَتَانًا ، فَنَزَلُوا فَأَكَلُوا مِنْ لَحْمِهَا ، وَقَالُوا أَنَأْكُلُ لَحْمَ صَيْدٍ وَنَحْنُ مُحْرِمُونَ فَحَمَلْنَا مَا بَقِىَ مِنْ لَحْمِ الأَتَانِ ، فَلَمَّا أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا كُنَّا أَحْرَمْنَا وَقَدْ كَانَ أَبُو قَتَادَةَ لَمْ يُحْرِمْ ، فَرَأَيْنَا حُمُرَ وَحْشٍ فَحَمَلَ عَلَيْهَا أَبُو قَتَادَةَ ، فَعَقَرَ مِنْهَا أَتَانًا ، فَنَزَلْنَا فَأَكَلْنَا مِنْ لَحْمِهَا ثُمَّ قُلْنَا أَنَأْكُلُ لَحْمَ صَيْدٍ وَنَحْنُ مُحْرِمُونَ فَحَمَلْنَا مَا بَقِىَ مِنْ لَحْمِهَا . قَالَ ‏"‏ مِنْكُمْ أَحَدٌ أَمَرَهُ أَنْ يَحْمِلَ عَلَيْهَا، أَوْ أَشَارَ إِلَيْهَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَكُلُوا مَا بَقِيَ مِنْ لَحْمِهَا ‏"‏‏.‏
“Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah keluar (bermusafir) untuk haji. Telah keluar juga bersama baginda beberapa orang lain. Lalu sebahagian dari mereka telah berpisah. Terdapat bersama kumpulan tersebut, Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu. Beliau telah berkata (kepada kumpulan tersebut): “Ambillah laluan menyusuri tepian pantai hingga kita bertemu (semula)”. Lalu mereka pun mengambil laluan di tepian pantai. Sebaik sahaja berangkat, mereka semuanya telah berihram kecuali Abu Qatadah tidak berihram. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba mereka melihat ada keldai-keldai liar. Maka Abu Qatadah menghampiri keldai-keldai itu lalu menyembelih sebahagiannya, dia telah datang kepada kami. Maka mereka berhenti lalu memakan daging keldai tersebut. Dan mereka telah berkata: “Adakah kita boleh memakan daging haiwan buruan sedangkan kita sedang berihram?”. Maka kami bawa sisa daging tersebut. Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami sedang berihram sedangkan Abu Qatadah tidak berihram. Lalu kami telah menjumpai keldai-keldai liar, lalu Abu Qatadah telah menangkapnya lalu menyembelihnya kemudian sebagian dagingnya dibawa kepada kami, lalu kami berhenti dan memakan dari daging tersebut kemudian kami berkata: “Adakah kita boleh memakan daging haiwan buruan sedangkan kita sedang berihram?”. Lalu kami bawa sisa dagingnya itu kemari”. Baginda bertanya: “Adakah ada diantara kalian yang sedang berihram menyuruh Abu Qatadah untuk memburunya atau memberi isyarat kepadanya?”. Mereka menjawab: “Tidak ada”. Maka Baginda bersabda: “Makanlah sisa daging yang ada itu”.” (HR. Bukhari no. 1824 dan Muslim no. 1196)
Dalam satu riwayat Abu Qatadah yang lain, beliau menceritakan bahawa rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga telah memakan bahagian kaki keldai liar tersebut.
قَالَ ‏ "‏ هَلْ مَعَكُمْ مِنْهُ شَىْءٌ ‏"‏‏.‏ قَالَ مَعَنَا رِجْلُهُ، فَأَخَذَهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَكَلَهَا‏.‏
Baginda telah berkata, "Adakah masih ada bersama kamu (daging tersebut)?" Dia telah menjawab, "Kami ada kakinya" lalu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah mengambilnya lalu memakannya. (HR Bukhari no. 2854)


Dalam Kitab Al-Umm, Imam As-Syafi'e rahimahullah ketika menerangkan riwayat berikut iaitu riwayat dari Ali bin Abi Talib,
 أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عام خيبر عن نكاح المتعة ، وعن لحوم الحمر الأهلية
"Bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang, pada Tahun Khaibar, dari nikah mut'ah dan dari daging keldai-keldai peliharaan". 

Beliau mengatakan bahawa terdapat dua dalil dari riwayat tersebut. Pertama, dalil pengharaman memakan keldai peliharaan dan kedua, keharusan memakan keldai liar. Demikian ringkasnya, sila rujuk teks asal di sini

Catatan tentang Himar Wahsyi
Dalam bahasa Arab Himar Wahsyi boleh merujuk kepada keldai liar atau kuda belang. Maklumat dari Wikipedia menunjukkan bahawa keldai liar hidup di benua Afrika termasuk di negara Arab Saudi manakala kuda belang pula, sumber dari National Geographic, menunjukkan kuda belang tidak hidup di negara Arab Saudi.

Rujukan:


Rabu, 29 Oktober 2014

Q&A: Adakah memakai stokin semasa solat merupakan sebahagian dari sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam?

Soalan:

Assakamualaikum ustaz. nak tanya memakai stokin semasa solat adakah sebahagian dr sunah nabi. Sy ade perhatikan di beberapa masjid besar di Malaysia beberapa kakitangan masjid termasuk imam, bilal yg duduk di saf depan memakai stokin hitam semasa sembahyang berjemaah. Ataupun itu pakaian rasmi kakitangan masjid.
Dari: Seorang Jemaah Surau La Cottage

...

Jawapan:

Wa’alaykum As-salam wa rahmat Allah wa barokaatuh,
Wallahu A’lam.

Setakat pengetahuan saya, saya belum jumpa anjuran dari Quran dan Sunnah yang menggalakkan kita memakai stokin untuk solat. Yang pernah dijumpai adalah riwayat-riwayat berkaitan keringanan untuk tidak membasuh kaki ketika berwudhu dalam keadaan memakai stokin yang bersih. Saya sertakan beberapa riwayat berkaitan dengannya di sini in sya Allah.

Riwayat Pertama: 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ
Dari Mughirah bin Syu'bah, beliau telah berkata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah berwudhu dan baginda telah mengusap kedua stokinnya dan kedua sandalnya. (Sunan Tirmidzi, 99; hadis dinilai hasan sahih oleh Imam At-TIrmidzi serta dinilai sahih oleh SyaikhAl-Albani)

Riwayat Kedua, dari Umar dan Abdullah bin ‘Abbas:

مسحَ على الجوربينِ عليٌّ بنُ أبي طالبٍ وابنُ مسعودٍ والبراءُ ابنُ عازبٍ وأنسٌ بنُ مالكٍ وأبو أمامةَ وسهلٌ بنُ سعدٍ وعمروُ بنُ حُريثٍ وروي ذلك عن عمرَ بنِ الخطابِ وابنِ عباسٍ

‘Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, Al-Barra’ bin ‘Azib, Anas bin Malik, Abu Umaamah, Sahal bin Sa’d dan ‘Amr bin Harith telah mengusap kedua stokin. (Sunan Abi Daud,159; dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Perkara ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab muktabar seperti Naylul Authar, Fiqh As-Sunnah, ‘Aun Al-Ma’bud dan kitab-kitab fiqh lainnya. Terdapat juga beberapa tulisan dan video menarik tentangnya di internet antaranya:

1. Bagaimanakah berwudhu tanpa menanggalkan kasut?
2. Berwudhu dengan menyapu di atas kasut atau stokin
3. Demo menyapu di atas khuf - Ust Johari
4. Sapu di atas khuf - Dr MAZA

Berkenaan, adakah ianya pakaian rasmi petugas masjid? Pada pendapat saya, kemungkinan juga. 
Wallahu a’lam.

Isnin, 27 Oktober 2014

Malaikat juga redha dengan penuntut ilmu


طَالِبِ الْعِلْمِ
penuntut ilmu
...
Saya telah bertemu dengan sekumpulan manusia yang gigih menuntut ilmu bahasa Arab dan ilmu Al-Quran. Di kelas-kelas mereka, mereka tidak duduk jauh dari guru yang mengajar. Di hadapan mereka ada pen dan buku untuk mencatat nota penting dari guru-guru mereka. Moga Allah beri ganjaran syurga kepada mereka atas usaha mereka. Datanglah ke Surau La Cottage untuk bertemu mereka.
...


عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ أَبِى الدَّرْدَاءِ فِى مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ إِنِّى جِئْتُكَ مِنْ مَدِينَةِ الرَّسُولِ -صلى الله عليه وسلم- لِحَدِيثٍ بَلَغَنِى أَنَّكَ تُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا جِئْتُ لِحَاجَةٍ. قَالَ فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِى الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِى جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ »

Dari Kathir bin Qois, dia berkata, aku pernah duduk bersama Abu Darda’ di Masjid Damsyiq, lalu datang seorang lelaki yang lantas berkata, “Wahai Abu Darda’, aku bersungguh mendatangimu dari kota Rasul -sallallahu ‘alaihi wa sallam- (Madinah Munawwarah) kerana ada satu hadis yang telah sampai kepadaku di mana engkaulah yang meriwayatkannya dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku datang untuk mempelajari hadis tersebut. 
Abu Darda’ lantas berkata, "Sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya di antara jalan menuju syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha terhadap penuntut ilmu. 
Sesungguhnya orang yang berilmu dimintai ampun oleh setiap penduduk langit dan bumi, termasuk ikan yang berada dalam air. 
Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu jika dibandingkan dengan ahli ibadah adalah umpama perbandingan antara bulan di malam purnama dari bintang-bintang lainnya. 
Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya Nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak juga dirham. Barangsiapa yang mewarisi ilmu, maka sungguh dia telah mendapatkan keuntungan yang besar.” (HR. Abu Daud no. 3641. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Baca artikel asal: Keutamaan Ilmu Agama

Khamis, 16 Oktober 2014

Jika marah, diamlah!

فَلْيَسْكُتْ
maka diamlah!
...
Wahai para guru, suami, isteri, ibu, ayah! Jika kalian marah, maka diamlah. 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ‏:‏ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم‏:‏ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Dari Ibn 'Abbas, beliau telah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah berkata: Ajarilah dan permudahkanlah, janganlah susahkan. Dan apabila salah seorang dari kamu marah, maka diamlah. (Al-Adab Al-Mufrad, 245; Hadis dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Rabu, 15 Oktober 2014

Sebatang pokok di Syurga

الرَّاكِبُ
penunggang
...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ "‏ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ سَنَةٍ ‏"‏ ‏.

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Sesungguhnya di syurga ada sebatang pokok yang bayangnya sejauh 100 tahun perjalanan penunggang (kenderaan)". (Sahih Muslim, 2826)

Selasa, 14 Oktober 2014

Nikmat Syurga, tiada manusia pernah melihatnya

قَلْبِ بَشَرٍ
jantung seorang manusia

...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ‏"‏ ‏.‏ مِصْدَاقُ ذَلِكَ فِي كِتَابِ اللَّهِ ‏{‏ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ‏}

Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: 
"Allah Azza wa Jalla telah berkata: "Aku telah sediakan untuk hamba-hambaku yang soleh, apa yang tiada mata pernah lihat, tiada telinga pernah dengar dan tidak pernah terlintas di jantung seorang manusia pun"". Pembenar kepada perkara tersebut ada dalam kitab Allah, iaitu {Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan (As-Sajdah:17)}. (Sahih Muslim, 2824)


Isnin, 13 Oktober 2014

Kehidupan yang sempit

مَعِيشَةً ضَنكًا
Kehidupan yang sempit
...
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta" (Surah Taahaa: 124)

Khamis, 9 Oktober 2014

Jannah Diselubungi Kepayahan

الْجَنَّةُ
Syurga
---------------------------------------------------------

Alhamdulillah, As-Solatu Wa As-Salamu 'Ala Rasulillah. In sya Allah, bermula dengan post ini, penulis akan mula mengumpulkan riwayat-riwayat berkaitan Jannah. Mudah-mudahan ia memberi manfaat terutamanya kepada diri penulis sendiri serta ahli keluarganya. 

Riwayat pertama yang terpilih adalah dari Kitab Sahih Muslim, dari Kitab Al-Jannah dan Sifatu Na'imiha Wa Ahliha




عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏ "‏ حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ‏"‏.

Dari Anas bin Malik, katanya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, "Jannah dikelilingi oleh kepayahan manakala neraka dikelilingi oleh keseronokan (syahwat).

Antara perkara yang boleh kita pelajari dari hadis ini ialah:

Perjalanan menuju jannah perlu melalui kepayahan. Dengan itu, apabila menyedari bahawa kehidupan kita susah demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka terimalah hakikat tersebut. 

Ahli syurga terpaksa menahan kepanasan di dunia ketika mematuhi arahan menutup aurat. Mereka juga terpaksa bersabar dalam melakukan Ibadah yang telah dijadualkan dalam kehidupan mereka seharian. Selain itu, mereka juga terpaksa menahan diri dari menikmati perkara-perkara terlarang. 

Ahli neraka mesti melalui jalan-jalan yang terdapat kenikmatan-kenikmatan terlarang di dunia sebelum sampai ke tempat tujuannya. Mereka tak perlu pedulikan larangan-larangan tersebut untuk sampai ke neraka. 

Justeru, marilah kita periksa perjalanan hidup kita. Adakah ia perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka?

Ya Allah, jadikanlah kami Ahli Syurga dan jauhkan kami dari neraka.






Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #6: Doa dengan ikhlas ketika solat untuknya

Doakan buat simati dengan ikhlas ketika bersolat untuknya. Rasulullah pernah berpesan akan hal ini seperti yang disampaikan oleh Abu Hurairah dalam hadis berikut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ الدُّعَاءَ ‏"‏ ‏.‏

Dari Abu Hurairah, katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berkata, "Jika kalian solat ke atas mayyit, maka ikhlaskanlah buatnya doa.""

Dari itu, ini menjadi sebab yang penting untuk kita mempelajari solat jenazah serta doa-doanya supaya kita mampu untuk membantu kaum muslimin terutamanya dari kalangan keluarga, jiran dan kawan kita.


----

Membantu Mayit Secara Sunnah

Telah gerhanalah matahari

انْخَسَفَتِ الشَّمْسُ
telah gerhanalah matahari

...
Kejadian gerhana matahari pernah berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan ia telah membuatkan baginda merasa cemas. Cemas kerana ia adalah petanda marahnya Allah dan petanda akan datangnya azab dari-Nya, akibat dari maksiat yang dilakukan oleh pendosa-pendosa. 

Berikut adalah salah satu riwayat berkaitan gerhana yang pernah dialami oleh baginda sallallahu 'alaihi wa sallam. Di dalamnya ada pelajaran penting buat para wanita dan penjaga mereka (ayah, saudara lelaki atau suami).

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ انْخَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً نَحْوًا مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ قَامَ قِيَامًا طَوِيلاً وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، رَأَيْنَاكَ تَنَاوَلْتَ شَيْئًا فِي مَقَامِكَ، ثُمَّ رَأَيْنَاكَ كَعْكَعْتَ‏.‏ قَالَ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنِّي رَأَيْتُ الْجَنَّةَ، فَتَنَاوَلْتُ عُنْقُودًا، وَلَوْ أَصَبْتُهُ لأَكَلْتُمْ مِنْهُ مَا بَقِيَتِ الدُّنْيَا، وَأُرِيتُ النَّارَ، فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ، وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ ‏"‏‏.‏ قَالُوا بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ بِكُفْرِهِنَّ ‏"‏‏.‏ قِيلَ يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ ‏"‏ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ ‏"‏‏.

Dari 'Abdullah bin 'Abbas  bahawa dia telah berkata, 
"Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kemudian melaksanakan solat. Baginda berdiri dengan sangat lama, dengan kadar bacaan surah Al Baqarah. Lalu baginda rukuk dengan rukuk yang lama, lalu mengangkat (kepala) untuk berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama. Kemudian rukuk kembali dengan lama namun tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian baginda kembali berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama, lalu rukuk dengan rukuk yang lama namun tidak selama rukuk yang pertama, lalu mengangkat (kepala) untuk berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama. Kemudian baginda rukuk kembali dengan lama namun tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian baginda menamatkan solat ketikamana matahari sudah tampak kembali. 

Baginda kemudian bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan keduanya tidak akan mengalami gerhana disebabkan kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihatnya maka banyakkanlah mengingati Allah." 

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat tuan mengambil sesuatu ketika tuan berdiri dan kami melihat seakan tuan menahan perasaan takut?" Baginda menjawab: "Sungguh aku melihat syurga, dan didalamnya aku mengambil setangkai anggur. Seandainya aku dapat mengambilnya, tentu kalian akan memakannya selagimana dunia masih ada. Kemudian aku melihat neraka, dan aku belum pernah melihat suatu permandangan yang sangat mengerikan dibandingkan hari ini, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita." 

Para sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Kerana mereka sering kufur (mengingkari)." Ditanyakan kepada baginda, "Adakah mereka mengingkari Allah?" Baginda menjawab: "Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap salah seorang dari mereka setiap masa, lalu dia melihat satu sahaja keburukan darimu maka dia akan berkata, 'Aku belum pernah melihat kebaikan darimu sedikitpun'." (HR Bukhari, 1052; HR Muslim, 907)


Rabu, 8 Oktober 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5: Solatkan dia beramai-ramai

[Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5]


Solatkan dia beramai-ramai. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa meramaikan solat ke atas jenazah memberi manfaat ke atasnya. Hadis-hadis tersebut juga menunjukkan bahawa rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan para muslimin untuk menyertai solat ke atas jenazah muslim supaya bilangan jemaah solat menjadi ramai. Selain itu, dianjurkan kepada kita agar menunggu cukupnya bilangan jemaah solat sekurang-kurangnya seramai 40 orang sebelum dimulakan solat. Dan sekiranya tidak mencapai jumlah minimum 40 orang, maka dianjurkan juga agar dibuatkan 3 saf untuk dolat jenazah, supaya doa untuknya dikabulkan. Berikut adalah hadis-hadis yang dimaksudkan:




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ فَقَالَ يَا كُرَيْبُ انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ ‏.‏ قَالَ فَخَرَجْتُ فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ قَالَ نَعَمْ ‏.‏ قَالَ أَخْرِجُوهُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ ‏"

Dari Abdullah bin 'Abbas, bahawasanya anak beliau telah meninggal dunia di Qudaid atau di ‘Usfan. Maka beliau telah berkata, “Wahai Kuraib (bekas hamba kepada Ibnu ‘Abbas), lihatlah berapa ramaikah manusia yang berhimpun untuk solat ke atas jenazahnya.” Kuraib berkata, “Lalu aku keluar, ternyata orang-orang sudah berhimpun lantas aku memberitahunya." Lalu beliau berkata, "Pada anggaranmu, adakah mereka seramai 40 orang?" Ibn 'Abbas berkata, “Keluarkanlah mayit tersebut kerana aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berlaku syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafa’at (do’a) mereka untuknya.” (HR. Muslim no. 948)

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ‏"

Dari 'Aisyah Radhiallahu anha, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang mayit disolati (solat jenazah) oleh umat dari kalangan kaum Muslimin yang jumlah mereka mencapai seratus orang, mereka memohon syafa'at (do'a) kepadanya, kecuali akan diberi syafa'at padanya." (HR. Muslim, 947)


عَنْ مَالِكِ بْنِ هُبَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَكَانَ مَالِكٌ إِذَا اسْتَقَلَّ أَهْلَ الْجَنَازَةِ جَزَّأَهُمْ ثَلاَثَةَ صُفُوفٍ لِلْحَدِيثِ ‏.‏

Dari Malik bin Hubayrah, beliau telah berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan oleh tiga saf kaum muslimin melainkan do’a mereka akan dikabulkan.” (HR. Tirmidzi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Imam Nawawi menyatakan dalam Al Majmu’ 5/212 bahawa hadis ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadis ini hasan jika sahabat yang mengatakan).


---------
Membantu Mayit Secara Sunnah