Pages

Rabu, 29 Oktober 2014

Q&A: Adakah memakai stokin semasa solat merupakan sebahagian dari sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam?

Soalan:

Assakamualaikum ustaz. nak tanya memakai stokin semasa solat adakah sebahagian dr sunah nabi. Sy ade perhatikan di beberapa masjid besar di Malaysia beberapa kakitangan masjid termasuk imam, bilal yg duduk di saf depan memakai stokin hitam semasa sembahyang berjemaah. Ataupun itu pakaian rasmi kakitangan masjid.
Dari: Seorang Jemaah Surau La Cottage

...

Jawapan:

Wa’alaykum As-salam wa rahmat Allah wa barokaatuh,
Wallahu A’lam.

Setakat pengetahuan saya, saya belum jumpa anjuran dari Quran dan Sunnah yang menggalakkan kita memakai stokin untuk solat. Yang pernah dijumpai adalah riwayat-riwayat berkaitan keringanan untuk tidak membasuh kaki ketika berwudhu dalam keadaan memakai stokin yang bersih. Saya sertakan beberapa riwayat berkaitan dengannya di sini in sya Allah.

Riwayat Pertama: 

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ
Dari Mughirah bin Syu'bah, beliau telah berkata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah berwudhu dan baginda telah mengusap kedua stokinnya dan kedua sandalnya. (Sunan Tirmidzi, 99; hadis dinilai hasan sahih oleh Imam At-TIrmidzi serta dinilai sahih oleh SyaikhAl-Albani)

Riwayat Kedua, dari Umar dan Abdullah bin ‘Abbas:

مسحَ على الجوربينِ عليٌّ بنُ أبي طالبٍ وابنُ مسعودٍ والبراءُ ابنُ عازبٍ وأنسٌ بنُ مالكٍ وأبو أمامةَ وسهلٌ بنُ سعدٍ وعمروُ بنُ حُريثٍ وروي ذلك عن عمرَ بنِ الخطابِ وابنِ عباسٍ

‘Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, Al-Barra’ bin ‘Azib, Anas bin Malik, Abu Umaamah, Sahal bin Sa’d dan ‘Amr bin Harith telah mengusap kedua stokin. (Sunan Abi Daud,159; dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Perkara ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab muktabar seperti Naylul Authar, Fiqh As-Sunnah, ‘Aun Al-Ma’bud dan kitab-kitab fiqh lainnya. Terdapat juga beberapa tulisan dan video menarik tentangnya di internet antaranya:

1. Bagaimanakah berwudhu tanpa menanggalkan kasut?
2. Berwudhu dengan menyapu di atas kasut atau stokin
3. Demo menyapu di atas khuf - Ust Johari
4. Sapu di atas khuf - Dr MAZA

Berkenaan, adakah ianya pakaian rasmi petugas masjid? Pada pendapat saya, kemungkinan juga. 
Wallahu a’lam.

Isnin, 27 Oktober 2014

Malaikat juga redha dengan penuntut ilmu


طَالِبِ الْعِلْمِ
penuntut ilmu
...
Saya telah bertemu dengan sekumpulan manusia yang gigih menuntut ilmu bahasa Arab dan ilmu Al-Quran. Di kelas-kelas mereka, mereka tidak duduk jauh dari guru yang mengajar. Di hadapan mereka ada pen dan buku untuk mencatat nota penting dari guru-guru mereka. Moga Allah beri ganjaran syurga kepada mereka atas usaha mereka. Datanglah ke Surau La Cottage untuk bertemu mereka.
...


عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ أَبِى الدَّرْدَاءِ فِى مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ إِنِّى جِئْتُكَ مِنْ مَدِينَةِ الرَّسُولِ -صلى الله عليه وسلم- لِحَدِيثٍ بَلَغَنِى أَنَّكَ تُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا جِئْتُ لِحَاجَةٍ. قَالَ فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِى الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِى جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ »

Dari Kathir bin Qois, dia berkata, aku pernah duduk bersama Abu Darda’ di Masjid Damsyiq, lalu datang seorang lelaki yang lantas berkata, “Wahai Abu Darda’, aku bersungguh mendatangimu dari kota Rasul -sallallahu ‘alaihi wa sallam- (Madinah Munawwarah) kerana ada satu hadis yang telah sampai kepadaku di mana engkaulah yang meriwayatkannya dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku datang untuk mempelajari hadis tersebut. 
Abu Darda’ lantas berkata, "Sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya di antara jalan menuju syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha terhadap penuntut ilmu. 
Sesungguhnya orang yang berilmu dimintai ampun oleh setiap penduduk langit dan bumi, termasuk ikan yang berada dalam air. 
Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu jika dibandingkan dengan ahli ibadah adalah umpama perbandingan antara bulan di malam purnama dari bintang-bintang lainnya. 
Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya Nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak juga dirham. Barangsiapa yang mewarisi ilmu, maka sungguh dia telah mendapatkan keuntungan yang besar.” (HR. Abu Daud no. 3641. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Baca artikel asal: Keutamaan Ilmu Agama

Khamis, 16 Oktober 2014

Jika marah, diamlah!

فَلْيَسْكُتْ
maka diamlah!
...
Wahai para guru, suami, isteri, ibu, ayah! Jika kalian marah, maka diamlah. 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ‏:‏ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم‏:‏ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Dari Ibn 'Abbas, beliau telah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah berkata: Ajarilah dan permudahkanlah, janganlah susahkan. Dan apabila salah seorang dari kamu marah, maka diamlah. (Al-Adab Al-Mufrad, 245; Hadis dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Rabu, 15 Oktober 2014

Sebatang pokok di Syurga

الرَّاكِبُ
penunggang
...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ "‏ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ سَنَةٍ ‏"‏ ‏.

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Sesungguhnya di syurga ada sebatang pokok yang bayangnya sejauh 100 tahun perjalanan penunggang (kenderaan)". (Sahih Muslim, 2826)

Selasa, 14 Oktober 2014

Nikmat Syurga, tiada manusia pernah melihatnya

قَلْبِ بَشَرٍ
jantung seorang manusia

...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ‏"‏ ‏.‏ مِصْدَاقُ ذَلِكَ فِي كِتَابِ اللَّهِ ‏{‏ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ‏}

Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: 
"Allah Azza wa Jalla telah berkata: "Aku telah sediakan untuk hamba-hambaku yang soleh, apa yang tiada mata pernah lihat, tiada telinga pernah dengar dan tidak pernah terlintas di jantung seorang manusia pun"". Pembenar kepada perkara tersebut ada dalam kitab Allah, iaitu {Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan (As-Sajdah:17)}. (Sahih Muslim, 2824)


Isnin, 13 Oktober 2014

Kehidupan yang sempit

مَعِيشَةً ضَنكًا
Kehidupan yang sempit
...
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta" (Surah Taahaa: 124)

Khamis, 9 Oktober 2014

Jannah Diselubungi Kepayahan

الْجَنَّةُ
Syurga
---------------------------------------------------------

Alhamdulillah, As-Solatu Wa As-Salamu 'Ala Rasulillah. In sya Allah, bermula dengan post ini, penulis akan mula mengumpulkan riwayat-riwayat berkaitan Jannah. Mudah-mudahan ia memberi manfaat terutamanya kepada diri penulis sendiri serta ahli keluarganya. 

Riwayat pertama yang terpilih adalah dari Kitab Sahih Muslim, dari Kitab Al-Jannah dan Sifatu Na'imiha Wa Ahliha




عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏ "‏ حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ‏"‏.

Dari Anas bin Malik, katanya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, "Jannah dikelilingi oleh kepayahan manakala neraka dikelilingi oleh keseronokan (syahwat).

Antara perkara yang boleh kita pelajari dari hadis ini ialah:

Perjalanan menuju jannah perlu melalui kepayahan. Dengan itu, apabila menyedari bahawa kehidupan kita susah demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka terimalah hakikat tersebut. 

Ahli syurga terpaksa menahan kepanasan di dunia ketika mematuhi arahan menutup aurat. Mereka juga terpaksa bersabar dalam melakukan Ibadah yang telah dijadualkan dalam kehidupan mereka seharian. Selain itu, mereka juga terpaksa menahan diri dari menikmati perkara-perkara terlarang. 

Ahli neraka mesti melalui jalan-jalan yang terdapat kenikmatan-kenikmatan terlarang di dunia sebelum sampai ke tempat tujuannya. Mereka tak perlu pedulikan larangan-larangan tersebut untuk sampai ke neraka. 

Justeru, marilah kita periksa perjalanan hidup kita. Adakah ia perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka?

Ya Allah, jadikanlah kami Ahli Syurga dan jauhkan kami dari neraka.






Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #6: Doa dengan ikhlas ketika solat untuknya

Doakan buat simati dengan ikhlas ketika bersolat untuknya. Rasulullah pernah berpesan akan hal ini seperti yang disampaikan oleh Abu Hurairah dalam hadis berikut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ الدُّعَاءَ ‏"‏ ‏.‏

Dari Abu Hurairah, katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berkata, "Jika kalian solat ke atas mayyit, maka ikhlaskanlah buatnya doa.""

Dari itu, ini menjadi sebab yang penting untuk kita mempelajari solat jenazah serta doa-doanya supaya kita mampu untuk membantu kaum muslimin terutamanya dari kalangan keluarga, jiran dan kawan kita.


----

Membantu Mayit Secara Sunnah

Telah gerhanalah matahari

انْخَسَفَتِ الشَّمْسُ
telah gerhanalah matahari

...
Kejadian gerhana matahari pernah berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan ia telah membuatkan baginda merasa cemas. Cemas kerana ia adalah petanda marahnya Allah dan petanda akan datangnya azab dari-Nya, akibat dari maksiat yang dilakukan oleh pendosa-pendosa. 

Berikut adalah salah satu riwayat berkaitan gerhana yang pernah dialami oleh baginda sallallahu 'alaihi wa sallam. Di dalamnya ada pelajaran penting buat para wanita dan penjaga mereka (ayah, saudara lelaki atau suami).

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ انْخَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً نَحْوًا مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ قَامَ قِيَامًا طَوِيلاً وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، رَأَيْنَاكَ تَنَاوَلْتَ شَيْئًا فِي مَقَامِكَ، ثُمَّ رَأَيْنَاكَ كَعْكَعْتَ‏.‏ قَالَ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنِّي رَأَيْتُ الْجَنَّةَ، فَتَنَاوَلْتُ عُنْقُودًا، وَلَوْ أَصَبْتُهُ لأَكَلْتُمْ مِنْهُ مَا بَقِيَتِ الدُّنْيَا، وَأُرِيتُ النَّارَ، فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ، وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ ‏"‏‏.‏ قَالُوا بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ بِكُفْرِهِنَّ ‏"‏‏.‏ قِيلَ يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ ‏"‏ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ ‏"‏‏.

Dari 'Abdullah bin 'Abbas  bahawa dia telah berkata, 
"Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kemudian melaksanakan solat. Baginda berdiri dengan sangat lama, dengan kadar bacaan surah Al Baqarah. Lalu baginda rukuk dengan rukuk yang lama, lalu mengangkat (kepala) untuk berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama. Kemudian rukuk kembali dengan lama namun tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian baginda kembali berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama, lalu rukuk dengan rukuk yang lama namun tidak selama rukuk yang pertama, lalu mengangkat (kepala) untuk berdiri dengan lama namun tidak selama yang pertama. Kemudian baginda rukuk kembali dengan lama namun tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian baginda menamatkan solat ketikamana matahari sudah tampak kembali. 

Baginda kemudian bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan keduanya tidak akan mengalami gerhana disebabkan kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihatnya maka banyakkanlah mengingati Allah." 

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat tuan mengambil sesuatu ketika tuan berdiri dan kami melihat seakan tuan menahan perasaan takut?" Baginda menjawab: "Sungguh aku melihat syurga, dan didalamnya aku mengambil setangkai anggur. Seandainya aku dapat mengambilnya, tentu kalian akan memakannya selagimana dunia masih ada. Kemudian aku melihat neraka, dan aku belum pernah melihat suatu permandangan yang sangat mengerikan dibandingkan hari ini, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita." 

Para sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Kerana mereka sering kufur (mengingkari)." Ditanyakan kepada baginda, "Adakah mereka mengingkari Allah?" Baginda menjawab: "Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap salah seorang dari mereka setiap masa, lalu dia melihat satu sahaja keburukan darimu maka dia akan berkata, 'Aku belum pernah melihat kebaikan darimu sedikitpun'." (HR Bukhari, 1052; HR Muslim, 907)


Rabu, 8 Oktober 2014

Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5: Solatkan dia beramai-ramai

[Cara Membantu Arwah Secara Sunnah #5]


Solatkan dia beramai-ramai. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa meramaikan solat ke atas jenazah memberi manfaat ke atasnya. Hadis-hadis tersebut juga menunjukkan bahawa rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan para muslimin untuk menyertai solat ke atas jenazah muslim supaya bilangan jemaah solat menjadi ramai. Selain itu, dianjurkan kepada kita agar menunggu cukupnya bilangan jemaah solat sekurang-kurangnya seramai 40 orang sebelum dimulakan solat. Dan sekiranya tidak mencapai jumlah minimum 40 orang, maka dianjurkan juga agar dibuatkan 3 saf untuk dolat jenazah, supaya doa untuknya dikabulkan. Berikut adalah hadis-hadis yang dimaksudkan:




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ فَقَالَ يَا كُرَيْبُ انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ ‏.‏ قَالَ فَخَرَجْتُ فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ قَالَ نَعَمْ ‏.‏ قَالَ أَخْرِجُوهُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ ‏"

Dari Abdullah bin 'Abbas, bahawasanya anak beliau telah meninggal dunia di Qudaid atau di ‘Usfan. Maka beliau telah berkata, “Wahai Kuraib (bekas hamba kepada Ibnu ‘Abbas), lihatlah berapa ramaikah manusia yang berhimpun untuk solat ke atas jenazahnya.” Kuraib berkata, “Lalu aku keluar, ternyata orang-orang sudah berhimpun lantas aku memberitahunya." Lalu beliau berkata, "Pada anggaranmu, adakah mereka seramai 40 orang?" Ibn 'Abbas berkata, “Keluarkanlah mayit tersebut kerana aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berlaku syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafa’at (do’a) mereka untuknya.” (HR. Muslim no. 948)

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ‏"

Dari 'Aisyah Radhiallahu anha, dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang mayit disolati (solat jenazah) oleh umat dari kalangan kaum Muslimin yang jumlah mereka mencapai seratus orang, mereka memohon syafa'at (do'a) kepadanya, kecuali akan diberi syafa'at padanya." (HR. Muslim, 947)


عَنْ مَالِكِ بْنِ هُبَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَكَانَ مَالِكٌ إِذَا اسْتَقَلَّ أَهْلَ الْجَنَازَةِ جَزَّأَهُمْ ثَلاَثَةَ صُفُوفٍ لِلْحَدِيثِ ‏.‏

Dari Malik bin Hubayrah, beliau telah berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu dia disolatkan oleh tiga saf kaum muslimin melainkan do’a mereka akan dikabulkan.” (HR. Tirmidzi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Imam Nawawi menyatakan dalam Al Majmu’ 5/212 bahawa hadis ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadis ini hasan jika sahabat yang mengatakan).


---------
Membantu Mayit Secara Sunnah

Khamis, 2 Oktober 2014

Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu

تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ

Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu

.....

Seorang sahabat nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, 'Auf bin Malik, merasa teruja dengan doa yang diucapkan oleh Rasulullah ketika menunaikan satu solat jenazah:



عَنْ حَبِيبِ بْنِ عُبَيْدٍ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، سَمِعَهُ يَقُولُ سَمِعْتُ عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى جَنَازَةٍ فَحَفِظْتُ مِنْ دُعَائِهِ وَهُوَ يَقُولُ ‏ "‏ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ ‏.


Dari Habib bin 'Ubaid, dari Jubair bin Nufair, Habib telah mendengar Jubair berkata: Aku telah mendengar 'Auf bin Malik, berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah solat ke atas satu jenazah, maka aku telah menghafal dari do'a baginda. Baginda mengucapkan: "Ya Allah, berilah ampunan kepadanya, kasihanilah dia, maafkanlah dia dan selamatkanlah dia. Muliakanlah saat turunnya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburannya). Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari kekotoran sepertimana kau bersihkan baju putih dari kotoran. Gantikanlah dia, rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur atau dari azab Neraka." 'Auf berkata; "Sehingga Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit (yang didoakan) itu."

Apakah yang diminta oleh Rasulullah dari doa tersebut?

  1. Ampunan kepada simati
  2. Kasihani simati
  3. Maafkan simati
  4. Selamatkan simati
  5. Muliakan simati, ketika turunnya
  6. Luaskan tempat masuk simati
  7. Mandikan simati dengan 3 jenis air
  8. Bersihkan simati
  9. Gantikan rumah yang lebih baik
  10. Gantikan keluarga yang lebih baik
  11. Gantikan pasangan yang lebih baik
  12. Masukkan ke syurga
  13. Lindungan dari azab kubur
  14. Lindungan dari azab neraka
SubhanAllah! patutlah 'Auf bin Malik, radhiallahu 'anhu mengucapkan: "Aku berharap, agar akulah yang jadi mayit tu"